Friday, March 19, 2010

berita yg mengejutkan

assalammualaikum..wah hari jumaat sopan betul ayat permulaan...sekadar ingin berkongsi...

tengah hari tadi, di kawasan tempat aku bekerja, sorang staff company kami accident...wah mcm x percaya...opssss aku tak boleh cakap macam ni...innalillahiwainnalillahirojiun..

yg menyebabkan aku tak caya, sebab semalam aku baru jek jumpe dia kat surau...mengejutkan bukan...semalam dia sihat walafiat tapi di ketika ini, dia sedang bertarung maut, koma tidak sedar diri mengalami kecederaan yang teruk di kepala...

ape yg aku dengar dari mulut-mulut reporter, dia balik masak utk tapau kan husband dia...dan kembali ke tempat keje dan dia accident, kereta berpusing-pusing dan terbalik....

sangat menakutkan kerana dia ketika ini ader 3 anak kecil yang pasti akan merindui dia...